Pemeriksaan E-Kesihatan

16 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2026, pelajar Tadika KEMAS bersama guru-guru telah menghadiri Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Antara pemeriksaan yang dijalankan ialah pemeriksaan paras gula dalam darah, pengukuran berat badan dan pengiraan BMI.

Selain itu, pelajar turut menonton video kesedaran kesihatan bertemakan Wellbeing yang bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Program ini memberi kebaikan kepada NADI sebagai pusat komuniti yang aktif dalam menyokong aspek kesihatan dan pendidikan masyarakat, di samping mengeratkan kerjasama antara NADI dan institusi pendidikan awal. Program ini juga membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan NADI sebagai pusat maklumat dan pembangunan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali